Wednesday 8 February 2017

Kelebihan Amalan Gotong Royong Dalam Masyarakat



1.Mengeratkan Perpaduan Sesama Kaum

 Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan melahirkan keadaan yang saling bertoleransi sesama masyarakat. Benarlah amalan gotong-royong boleh menguatkan komunikasi dan mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat.


2.Mempercepat Dan Memudahkan Sesuatu Kerja

 Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan dapat dilakukan bersama-sama. Contohnya, bergotong-royong bukan sahaja menbersihkan kawasan malah ia juga seperti menjayakan majlis perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan dan lebih memperkenalkan ada-adat  contohnya adat melayu kepada kaum yang lain

3.Memperkukuh Semangat Antara Kaum

 Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil berat hal-hal kaum yang lain. Contohnya, kita boleh menolong kaum lain yang menghadapi kesusahan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mengukuhkan hubungan antara kaum. Betullah bahawa amalan gotong-royong memberikan banyak kemudahan untuk masyarakat sendiri bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.


4.Memupuk Nilai Positif Dalam Diri Kita.

 Semua manusia inginkan ketenangan apabila berada di sesuatu tempat. Jadi, apabila kita bergotong-royong, ia dapat menberikan suasana selesa unuk masyarakat setempat. Kesannya, sekiranya kawasan sekeliling bersih dan ceria, ia dapat menberikan perasaan positif malah kita akan menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan diri sendiri.





5.Menghidupkan Semangat Kejiranan.

Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara lebih dekat. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan mudah terbiasa dengan jiran kita, terutamanya yang baru berpindah ke kawasan perumahan kita dan dapat menegur jiran kita dengan ramahnya. Apabila Pembahagian tugas dilakukan, ia akan dapat membuatkan semua orang merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.


6.Memupuk Sebuah Masyarakat Beranggungjawab

 Aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk niali-nilai murni dalam kehidupan kia. Amalan nilai-nilai murni ini amat pening dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama,bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.



7.Mengekalkan Keamanan Dalam Kalangan Kaum

 Kalau tahap perpaduan begitu tinggi sudah pasti keamanan sesama masyarakat akan berkekalan kerana semua ahlinya memahami dan menbantu satu sama lain dengan mendalam. Keamanan masyarakat yang stabil amat penting untuk memudahkan proses perkembangan sesuatu tempat tanpa ada sebarang ganguan. Sesungguhnya, amalan bergotong-royong menjadikan masyarakat menikmati ketenangan dan kemakmuran.



8.Mengelakkan Penyakit Merbahaya

 Jika kawasan setempat tidak dijaga dengan bersih ia dapat meningkatkan peratus penyakit merbahaya kepada penduduk setempat contohnya denggi, air kencing tikus dan malaria. Jika gotong-royong dibuat, pencemaran dapat dielakkan terutamanya kepada kanak-kanak yang suka bermain di luar rumah malahan dapat menbantu kempen kerajaan untuk menbasmi denggi.

9.Menbantu Menjaga Alam Sekitar

 Contohnya, gotong-royong antara  kaum di sekitar kawasan perumahan dapat membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan. Malah ia dapat memberi kita pemandangan yang cantik dan menjadi tempat yang selesa untuk didiami.


  





13 comments:

aisya said...

Tq 🌟🌠😘

Cruel said...

tq

Unknown said...

Thanks❤

Unknown said...

bole jadikn dak untuk bahan lisan

Unknown said...

Tq sebab saya dapat selesaikan karangan rangsangan saya

SYK PRODUCTION said...

Supersaya sangat suka Web ini!

Unknown said...

Terima kasih.

Unknown said...

thank you

Unknown said...

Terima kasih sebab saya dapat siapakan kerja rumah saya

Unknown said...

You are welcome TIBEEE Tak aku ni

Unknown said...

thank you so muchhh <3

Unknown said...

nicee

Unknown said...

hai 01125166907 bosan boleh chat

Post a Comment

 
Template designed by Liza Burhan