Wednesday 8 February 2017

Pengenalan






  Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


  Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.


  Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.


  Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .


  Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

                                              
  Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. "KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN "sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.

0 comments:

Post a Comment

 
Template designed by Liza Burhan