1.Mengeratkan Perpaduan Sesama Kaum
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang
kaum. Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya
hal ini dilakukan pastilah akan melahirkan keadaan yang saling bertoleransi
sesama masyarakat. Benarlah amalan gotong-royong boleh menguatkan komunikasi
dan mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat.
2.Mempercepat Dan Memudahkan Sesuatu Kerja
Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan
dapat dilakukan bersama-sama. Contohnya, bergotong-royong bukan sahaja
menbersihkan kawasan malah ia juga seperti menjayakan majlis perkahwinan.
Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja. Tepatlah
bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan dan lebih memperkenalkan
ada-adat contohnya adat melayu kepada kaum yang lain
3.Memperkukuh Semangat Antara Kaum
Hal ini demikian kerana masyarakat dapat
mengambil berat hal-hal kaum yang lain. Contohnya, kita boleh menolong kaum
lain yang menghadapi kesusahan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan
mengukuhkan hubungan antara kaum. Betullah bahawa amalan gotong-royong
memberikan banyak kemudahan untuk masyarakat sendiri bak kata pepatah berat
sama dipikul ringan sama dijinjing.
4.Memupuk Nilai Positif Dalam Diri Kita.
Semua manusia inginkan ketenangan apabila berada
di sesuatu tempat. Jadi, apabila kita bergotong-royong, ia dapat menberikan
suasana selesa unuk masyarakat setempat. Kesannya, sekiranya kawasan sekeliling
bersih dan ceria, ia dapat menberikan perasaan positif malah kita akan menjadi
rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan
diri sendiri.
5.Menghidupkan Semangat Kejiranan.
Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran
secara lebih dekat. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan mudah
terbiasa dengan jiran kita, terutamanya yang baru berpindah ke kawasan
perumahan kita dan dapat menegur jiran kita dengan ramahnya. Apabila
Pembahagian tugas dilakukan, ia akan dapat membuatkan semua orang merasai
semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk
kenduri-kendara, dan sebagainya.
6.Memupuk Sebuah Masyarakat Beranggungjawab
Aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk
niali-nilai murni dalam kehidupan kia. Amalan nilai-nilai murni ini amat pening
dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai
murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah
bekerjasama,bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong
juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.
7.Mengekalkan Keamanan Dalam Kalangan Kaum
Kalau tahap perpaduan begitu tinggi sudah pasti
keamanan sesama masyarakat akan berkekalan kerana semua ahlinya memahami dan
menbantu satu sama lain dengan mendalam. Keamanan masyarakat yang stabil amat
penting untuk memudahkan proses perkembangan sesuatu tempat tanpa ada sebarang
ganguan. Sesungguhnya, amalan bergotong-royong menjadikan masyarakat menikmati
ketenangan dan kemakmuran.
8.Mengelakkan Penyakit Merbahaya
Jika kawasan setempat tidak dijaga dengan bersih
ia dapat meningkatkan peratus penyakit merbahaya kepada penduduk setempat
contohnya denggi, air kencing tikus dan malaria. Jika gotong-royong dibuat,
pencemaran dapat dielakkan terutamanya kepada kanak-kanak yang suka bermain di
luar rumah malahan dapat menbantu kempen kerajaan untuk menbasmi denggi.
9.Menbantu Menjaga Alam Sekitar
Contohnya, gotong-royong antara kaum di sekitar kawasan perumahan dapat membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan. Malah ia dapat memberi kita pemandangan yang cantik dan menjadi tempat yang selesa untuk didiami.