Kesimpulannya,aktiviti
bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan
silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang
mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala
lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan
lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan
menjadi lebih kukuh.
Saranan kami
suapaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan gotong-royong kepada anak-anak
sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu ibu bapa juga mestilah lebih
mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak mereka. Anggota keluarga juga
perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak mendekatkan diri dengan aktiviti
gotong-royong. Peranan guru pula disamping tugas hakiki mendidik anak bangsa,
seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang kelebihan
gotong-royong. Seterusnya, Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah
memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar menjalankan aktiviti
gotong-royong.
Disamping itu, masyarakat sekeliling sentiasa perlu menyokong
segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di samping menjadi cerminan
kepada golongan pelajar. Tidak ketinggalan juga peranan media massa amat
penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan gotong-royong kepada
golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan. Golongan pelajar juga
perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika sentiasa
diutamakan.
Akhir sekali,
jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai
aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara
kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku
sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya
kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.
2 comments:
thank u .
i am finish my karangan
Post a Comment