Gotong
royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan
ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini
kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan
keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui
maksud gotong royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan
kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara
langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan
kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan
semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan
meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali
dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti
gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan
bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.
Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan
persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal
kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong
juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai
penyakit seperti aedes.
Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil
kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai
aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan
pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa
senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai.
Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi.
Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang
selesa di kawasan tempat tinggal .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilHWLliaXrk0wod0o7fVINvH641Nid1qWosR6JTDqAc7m61vBjWPDb0WWPwQ-Q-qSw-ZEDYOtYk91l9P6gQ1VE2dUc4-dbjjSww3cXNwx24Ba0ynkI1h9TuLfof3KtVPNEXQVxQXbT6MFa/s320/1Malaysia-Vector-Logo-720x340.png)
Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan
juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. "KEBERSIHAN ITU
SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN "sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang
islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah
s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya
menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
0 comments:
Post a Comment